Ada yang suka makan chinnese food? Insyaallah siapa yang suka makan kali ni dah boleh buat sendiri dari penyediaan kulitnya sehingga ke intinya, halal lagi suci.
Resepi Kulit Dimsum/Wantan/Siumai/Dumpling
Bahan-Bahan:
250gm wheat starch/tepung tang mein (boleh didapati dibakery) atau nak guna tepung gandum pun boleh
80gm tepung ubi
200-220ml air panas mendidih*
sedikit garam*
1 1/2 sudu besar minyak masak*
Cara Adunan:
1. Dalam bekas satukan wheat starch dan tepung ubi.
2. Kemudian masukkan air panas, garam dan minyak yang dicampur sekali sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan (macam buat kulit karipap).
3. Uli hingga sebati kemudian biarkan sebentar dalam 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tak keras.
Untuk Intinya
Bahan-Bahan:
2 keping dada ayam*
12 ekor udang dibuang kulit*
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap cair
1 biji sederhana besar carrot dipotong dadu kecil
sedikit daun bawang sekali ngan batangnya dipotong halus
2 ulas bawang putih dicincang halus/ditumbuk halus
garam, gula
1 biji bawang merah yang bersaiz kecil dipotong dadu
2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos tiram
sedikit lada sulah/lada hitam
lada besar dipotong kecik-kecik
sebiji telor ayam (dipukul dahulu)
Caranya:
1. Kisar ayam dan udang yang telah dibuang kulitnya hingga hancur.
2. Masukkan garam dan sedikit gula sebagai penambah perasa.
3. Masukkan telor, lada sulah minyak bijan, sos tiram dan semua sayur-sayur, kacau pakai senduk sahaja.
Penyediaan Dimsum:
1. Mula-mula kukus dahulu periuk pengukus.
2. Sediakan penggelek doh, acuan bulat dan inti.
3. Ambil sedikit doh. Bulatkan dan tekan. Dengan menggunakan penggelek lenyek, jangan terlalu nipis. Ketebalan seperti kita nak buat kulit karipap. Tekap dengan acuan bulat.
4. letak sedikit adunan inti dan mula melipat, cara ada pada video. Buat sampai habis, bentuk siew mai terpulang pada anda.
5. Lapik siew mai dengan plastik untuk elakkan ia melekat pada periuk kukusan. Kukus siew mai dalam 5-7 minit.
6. Jika nak goreng, siap dibentuk boleh terus digoreng dalam minyak panas.
7. Sedia dihidang dengan sos thai atau boleh juga dibuat sup, mana-mana yang anda suka. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Tahrunnisah Jali