Cara Buat Roti Naan Cheese, Lembut dan Gebu Penuh Dengan Cheese

Resepi Roti Naan Cheese

Bahan-Bahan:

Roti Naan
300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt (natural)*
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung

cheese mozarella yang diparut.

Caranya:

1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dari resepi diatas, bakinya nanti masukkan dalam tepung dan sedikit saja air suam. Kacau, biarkan selama 5 minit. Jika yis aktif, campuran tersebut akan mengembang seperti dalam gambar.

2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung, aduk hingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung, aduk sebati kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat ditangan. Uli sehingga adunan licin 10-15 minit.

4. Biarkan adunan naik sekali ganda (tutup adunan dengan kain lembap dalam 45 minit, suhu agak suam-suam panas. Seperti dalam oven suhu 35c atau kawasan yang agak-agak panas untuk mempercepatkan proses kenaikan doh).

5. Adunan dah naik, bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung. Bulat-bulatkan seperti dalam gambar sehingga habis. Biarkan seketika dalam 10 minit tutup dengan kain.

6. Amik sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan mozarella parut ditengah-tengah doh dan tutup semula (macam buat pau).

7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan-lahan supaya cheese tadi tak terkeluar.

8. Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak ye. Api jangan kuat sederhana sahaja atau perlahan.

9. Letak roti tadi atas non stick pan, tutup kejap dengan penutup. Balik-balikkan roti tadi, bila ia menggelembung leperkan ia.

10. Siap angkat, boleh dihidang dengan kari pekat, ayam tandoori, atau keema daging dan timun yogurt.

+ Jika yogurt takde tak mengapa abaikan, tak isi takpe tak dosa. Cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye.
+ Susu segar tu jangan curah sampai habis nanti terlembik pula. Masukkan sedikit demi sedikit, adunan ni tak keras dan tak lembik. Ertikata lain tak lekat ditangan.
+ Jika anda suka letak madu, siap masak layang-layangkan madu atas roti naan tadi.

Resepi Roti Naan Cheese

Resepi dan Gambar Dari:  Tahrunnisah Jali

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *