Sabtu lepas ada buat makan-makan di rumah. Antara menu yang ada Kek Batik Premium. Laku keras kek batik ni. Rata-rata yang makan semua puji kata sedap, kurang manis dan lembut elok tapi tetap rasa ‘crunchy’ biskut. Hari tu sempat makan 1 slice maka hari ni terhasillah lagi Kek Batik Premium. Peminat kek batik kalau nak cuba boleh guna resepi ni yang telah di olah ikut anak tekak sendiri.
Kek Batik Premium, Kurang Manis, Lembut dan Rasa Crunchy Biskut
Bahan A:
1 buku pure butter salted (Anchor)
180gm susu pekat
200gm serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar chocolate emulco
1 bungkus biskut Marie (Munchy’s)
Cara-cara:
1. Lapik loyang 9″ dengan baking paper.
2. Patah-patahkan biskut. Cairkan butter dengan api kecil.
3. Masukkan susu pekat kacau sebati. Masukkan serbuk koko. Kacau sebati.
4. Masukkan serbuk milo sedikit-sedikit. Kacau sebati. Masukkan chocolate emulco. Kacau sebati.
5. Dah masak berbuih sedikit tutup api. Masukkan biskut yang dipatahkan. Kaup balik sebati.
6. Masukkan ke dalam loyang dan mampatkan. Sejukkan dalam chiller.
Bahan B: (Topping Ganache)
125gm whipping cream (Anchor)
250gm dark chocolate (Beryl’s)
1 sudu besar butter
Cara-cara:
1. Double boil whipping cream. Dah berbuih kecil tepi dinding masukkan dark chocolate.
2. Kacau sebati. Tutup api. Masukkan butter. Kacau sebati sehingga butter larut.
3. Tuang ke dalam adunan kek batik yang telah disejukkan. Biarkan dalam chiller minimum 4jam. Seeloknya semalaman.
Cara Potong:
1. Keluarkan kek batik dari loyang.
2. Celup pisau panjang dalam air panas. Lap. Kemudian boleh mulakan proses pemotongan.
3. Setiap kali nak potong pastikan pisau bersih dan sudah dipanaskan.
4. Kalau rasa lambat dan renyah ceduk je la pakai sudu. Macam tak biasa ja kan. Takyah tunggu semalaman pon takpa aih kalau jenis tak menyabaq ni.
Resepi Oleh: Salwa Malek