Resepi Puding Tanpa Gula, Banana Peaches Butterscotch Bread Pudding

Banana Peaches Butterscotch Bread Pudding, Salah satu Bread Pudding Abang Danish yang Abang Danish recommended untuk semua cuba kerana memang sedap especially selepas chips itu semua cair bila dibiarkan Bread Pudding ni Abang Danish tak guna gula, Butterscotch chips tu dah manis jadi cukup dengan manis dari chips itu sahaja.

Banana Peaches Butterscotch Bread Pudding

Bahan-Bahan:

1 buku Roti Putih
2 1/2 cawan Dairy Whipping Cream (boleh juga dicampur dengan Susu Segar. Jika guna semua Susu Segar pun boleh tapi hasilnya akan kurang creamy)
3 biji Telur gred A
1 tin biasa hirisan Peach dalam tin, dipotong 2 atau 3 setiap keping
4 biji Pisang Masak, dihiris
3/4 cawan Butterscotch Chips
2 suduteh Vanilla Extract
1/4 suduteh Cinnamon Powder

Cara-Caranya:

Panaskan oven pada suhu 160°C. Potong semua roti menjadi kiub sebesar 2 inci. Dalam bekas, tuang whipping cream, pecahkan telur, masukkan gula (jika guna), vanilla dan cinnamon powder, whisk semua sebati, ketepikan.

Ambil baking tray kemudian tabur kepingan roti jadikan 1 layer dalam baking tray. Kemudian taburkan hirisan pisang dan peaches diatas roti diikuti dengan butterscotch chips. Susun 1 layer lagi roti diatasnya diikuti hirisan pisang, peaches dan butterscotch chips. Susun layer roti yang terakhir (Danish buat 3 layer) dan bolehlah ditabur lebihan hirisan pisang, peaches dan butterscotch chips diatasnya.

Kemudian tuang rata custard tadi keatas semua kepingan roti. Tekan perlahan menggunakan spatula agar roti dapat menyerap custard sauce tadi. Biarkan sebentar selama 10 minit. Tutup dengan aluminium foil dan bakar selama 30 minit bila sudah cukup masa, keluarkan baking tray, buka foil dan dibakar lagi selama 20 minit, depends on oven atau sehingga bahagian atas sedikit garing (tapi jangan terlalu garing) dan custard telah agak kering/diserap. Sejukkan sebentar kemudian bolehlah dihidangkan.

TIPS PENTING: Aluminium foil diguna utk mengelak custard kering kerana bread pudding ini tak perlukan additional custard. Jangan overbaked, nanti hasilnya menjadi kering/tidak moist. Breadpudding ini sedap dimakan dgn suhu bilik. Tidak perlu disimpan dalam petisejuk, nanti bila dihidangkan tekstur dia jadi keras/tidak moist. Untuk leftover, boleh simpan dalam petisejuk, keluarkan bila perlu, biarkan dia lembut sedikit kemudian bolehlah dipanaskan didalam oven selama 5-10 minit.

Banana Peaches Butterscotch Bread Pudding

Resepi Oleh: Danish Harraz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *