Cara Buat Vitamin Untuk Tanaman Modal Tak Sampai 2 Ringgit

Cara Buat Vitamin Untuk Tanaman Modal Tak Sampai 2 Ringgit

Lepas makan semalam, ajar anak-anak buat vitamin untuk pokok. Pokok limau kasturi dan cili api tepi rumah malu-malu nak berbunga. Mungkin sebab 2-3 minggu ni kena timpa hujan yang banyak sangat kot.

Bahannya sangat mudah. Tak sampai pun 2 ringgit tapi dia punya power, kalah yang mahal.

Bahan-Bahan:

  • Telur – 2 biji (tak kisah saiz apa)
  • Yakult – 1 botol
  • Paku 2” – 1
  • Cawan plastic – 1
  • Botol air mineral 500 ml – 1

Cara nak buat sangat sangat mudah sahabat. Anak saya yang 6 tahun pun boleh buat. Tak sampai 2 minit dah siap;

  1. Tebuk penutup botol air mineral dengan paku. Lubang tu tak la besar sangat, lebih kurang sebesar saiz lidi sate je.
  2. Pecahkan telur 1 persatu ke dalam cawan plastic.
  3. Masukkan yakult ke dalam cawan plastic tersebut.
  4. Tuangkan campuran dalam cawan plastic ke dalam botol air mineral. Kemudian tutup botol tersebut.
  5. Gongcangkan botol hingga larutan sebati. Semasa goncang, tutup lubang pada penutup botol dengan jari.
  6. Peram sekurang-kurangnya 3 hari ditempat redup.

Yeay.. dah siap kita punya vitamin. Rasanya tak sampai pun 2 minit. Lagi cepat daripada buat maggi kan. Macam mana pula cara nak guna?

  1. Lepas 3 hari diperam, ia dah sedia untuk kita guna.
  2. Masukkan 1 liter air ke dalam alat penyembur. Nak lagi elok, guna air telaga atau air hujan. Kalau tak ada, bubuh je air paip.
  3. Ambil 5 – 15 ml larutan tersebut dan masukkan ke dalam langkah 2. Kuantiti larutan vitamin bergantung pada umur dan jenis pokok. 5 ml ni lebih kurang 1 sudu makan.
  4. Lepas tu, spray pada semua daun. Eloknya sembur awal-awal pagi sebelum matahari terbit.
  5. Ulang langkah 4 setiap 1-2 minggu sekali bergantung pada tahap kesuburan pokok.
    Sahabat,

Campuran yakult dan telur yang kita buat ni sangat sesuai untuk semua jenis sayur daun dan sayur buah.

Perlu kita ingat, ianya BUKAN BAJA. Ia lebih kepada vitamin atau booster je. Paling penting, pastikan pokok kita tu cukup baja sebelum kita sembur dengan vitamin ni.

Jika baja tak cukup, pokok kita akan jadi stress dan daun jadi kuning. Lagi teruk boleh buat daun gugur.

Selamat mencuba sahabat. InsyaAllah lepas 1-2 minggu, sahabat akan nampak kesan yang sangat ohsem nanti.

Cara Buat Vitamin Untuk Tanaman Modal Tak Sampai 2 Ringgit

Dikongsi Oleh: Azuan Abdullah


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *