Cara Buat Roti Burger, Memang Sedap Bila Rotinya Lembut dan Gebu

Memang enak dan sedap bila dapat menikmati burger bila roti burgernya lembut dan gebu tidak keras dan kasar seperti kebanyakan roti burger yang terdapat di pasaran. Untuk memperolehi tekstur lembut dan gebu itu memang kena buat sendiri. Oleh itu, kami kongsikan resepi roti burger dari Puan Saya Lieyna ini, memang berbaloi untuk dicuba.

Bahan-Bahan Untuk Roti:

250 gram tepung high protein/tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis Kering
1 biji telur (kecil) – simpan sikit telur untuk buat gliss pada roti nanti
2 sdb marjerin
100 ml susu segar
60 ml air suam

Baki telur tadi + 1 sudu kecil susu segar + beberapa titik madu

Cara Membuat:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.

2. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Biarkan doh selama 1 jam.

3. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh (bulat-bulatkan) mengikut besar yang anda suka.

4. Atur roti yang telah disediakan ke dalam acuan bulat yang dah disapu minyak. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger .

6. Akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

Untuk Daging:

Saya guna daging kisar Ramly. Gaulkan daging bersama lada sulah, gula dan garam sedikit.

Saya bulat-bulatkan dan leperkan daging, bakar atas pan nonstick, letak majerin dulu sedikit sebelum bakar.

Sayur-sayur lain sukahati korang nak letak apa, Akak takde tomato, salad, letak kubis bawang besar dan daun pak choy ja.

Cara Buat Roti Burger

Cara Buat Roti Burger

Resepi Oleh: Saya Lieynda

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *