Assalamualaikum dan Hi! Seperti dijanjikan, Danish kongsikan resepi Chewy Choc Chip Cookies sedap yang Danish buat untuk business Danish, supaya boleh dicuba pula oleh semua di sini untuk dijadikan kudap-kudap, hidangan masa raya atau boleh juga buat untuk business raya nanti. Happy baking.
Chewy Chocolate Chip Cookies ala Subway
Bahannya:
1 buku 225 @ 250 grams salted butter dengan suhu bilik tapi jangan terlalu lembut (Jika guna unsalted butter, tambahkan secubit garam halus)
300 grams brown sugar
380 grams tepung gandum
2 biji telur Gred A
1 suduteh baking soda
1 suduteh baking powder
4 suduteh vanilla extract
300 grams semisweet/dark chocchips @ boleh juga guna baking chocolate yang dicincang dan boleh juga ditambah white chocolate, jika suka
100 grams Almond Nibs atau apa Kekacang yang disukai atau boleh skip. (Danish panggang sekejap dalam oven)
Caranya:
Panaskan oven pada suhu 160° C. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda, ketepikan. Menggunakan mixer dgn kelajuan sederhana atau boleh juga menggunakan senduk kayu, pukul butter bersama gula hingga agak kembang kemudian masukkan telur diikuti dengan vanilla extract.
Perlahankan mixer masukkan pula almond nibs atau kekacang (jika guna) dan biarkan rata sekejap sahaja. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan sebati. Matikan mixer, masukkan choc chips dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
Bungkus mangkuk adunan dengan plastic wrap dan chill kan adunan didalam fridge. Danish biasanya sediakan doh cookies awal dan chill kan doh cookies dalam fridge semalaman untuk mengelak cookies mengembang berlebihan semasa proses membakar.
Scoop kan doh cookie keatas baking tray yang telah dialas dengan cooking sheet dan bakar selama 10 -12 minit (bergantung kepada size cookies. Guna scoop jika mahu dapatkan saiz cookies yang sekata)
NOTA PENTING: Biarkan cookies yang dikeluarkan dari oven betul-betul sejuk didalam tray sebelum di alihkan ke atas cooling rack. Untuk dapatkan cookies yang chewy pastikan tidak terlebih bakar (ianya akan kelihatan sedikit garing ditepi tapi masih lembut di bahagian tengah) tapi jika nak cookies yang sedikit rangup lebihkan sedikit masa bakarnya. Cookies ini boleh dibuat big size macam Subway Cookies atau buat saiz biasa seperti gambar terakhir dibawah.
Resepi Oleh: Danish Harraz