Quick Blender Pizza, masuk semua bahan dalam blender dan blend. Tak perlu uli dan sebagainya. Sesuai untuk Mak-Mak dan mereka yang sibuk dan tiada masa untuk lama-lama didapur dan juga mereka yang suka menu ringkas tapi sedap. Tekstur Crust Pizza ini tidak seperti crust pizza biasa tapi ianya tetap sedap apa lagi dimakan panas-panas. Penting untuk guna saiz pan yang Danish guna atau lebih besar supaya dapat crust nipis dan sedap. Sila baca resepi penuh dibawah ya untuk bahan-bahan dan cara lebih details. Selamat mencuba!
Quick Blender Pizza (Hasilkan 2 biji Pizza saiz 9″)
Bahan-Bahanya:
150 Grams Tepung Gandum
270 ml Full Cream/Fresh Milk
1 biji Telur Gred A
15 Grams Unsalted Butter, suhu bilik (jika guna Salted Butter, skip garam)
1 sudubesar Baking Powder
1 suduteh Garam Halus
Sedikit Serbuk Black Pepper
2 biji Pizza Pan/Tray saiz 9″ atau 1 biji Pizza Pan Saiz 18″
Untuk Topping:
Boleh guna Ayam, Tuna, Pepperoni atau apa saja yang disukai. Sayuran juga boleh guna apa yang anda suka; Nenas, Cendawan, Tomato, Capsicum dan lain-lain.
Tomato Paste atau Bolognese Sauce secukupnya. Boleh didapati dipasaraya. Dalam tin atau botol.
Parutan Mozzarella Cheese secukup rasa
Chili flakes & Dried Parsley untuk hiasan (optional)
Cara-Caranya:
Panaskan oven pada suhu 180°C (terpulang jenis oven). Dalam blender, masukkan susu, butter, telur, garam dan serbuk lada hitam. Blend sebati. Masukan tepung sedikit demi sedikit dan diblend hingga sebati. Jangan lupa scrap bahagian tepi blender. Semua sudah sebati, masukkan baking powder dan blend sebentar saja, cukup untuk ratakannya.
Tuang adunan sekata kedalam kedua-dua biji pizza pan saiz 9″ yang telah di gris dan tepungkan. (Nota: Tekstur pizza ini tidak crispy atau seperti pizza biasa jadi perlu guna pan saiz diatas atau besar sedikit supaya dapat crust yang nipis dan sedap) Bakar dalam oven selama 10-15 minit.
Keluarkan Pizza, sapukan nipis sos dan juga layerkan topping kesukaan. Bakar dalam oven selama 15 minit atau hingga cheese sedikit garing. Keluarkan, sprinkle dengan chili flakes dan dried parsley, hidangkan panas-panas!.
Nota: Pizza base ini boleh di frozenkan. Bakar selama 10 minit, sejukkan dan balut dengan plastic wrapper dan simpan beku. Bila nak guna baru keluarkan dan sapu dengan sos dan letak topping seperti biasa. Base ini boleh bertahan sehingga 2-3 bulan, inshaAllah.
Dikongsi Oleh: Danish Harraz