Vaksin HPV Punca Gejala Seksual Remaja? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Vaksin Hpv Tak Menyebabkan Gejala Seksual

Satu kajian telah dijalankan di Slovenia (Selatan Austria dan Utara Croatia) dimana pengambilan vaksin HPV telah disubsidikan oleh kerajaan dan telah diberikan sejak September 2009 melalui sistem insurans kesihatan mandatori.(1)

Perempuan berusia 11 hingga 12 telah diberikan suntikan HPV secara wajib dan melalui program vaksinasi di sekolah masing-masing, dimana pemberian vaksin adalah melalui pegawai perubatan yang bertauliah (registered physician)

Antara risiko vaksin adalah AEFI, yang cuba di bangkitkan oleh golongan anti vaksin, adalah kesan sampingan pengambilan vaksin tersebut. Seperti yang dijangka, risiko mengambil vaksin adalah AEFI yang menyebabkan kematian.

Mengikut World Health Organisation (WHO), AEFI adalah satu kondisi kejadian di dalam perubatan akibat vaksinasi dimana ia tidak semestinya disebabkan oleh pengambilan vaksinasi.

Vaksin adalah antara kaedah pencegahan perubatan dan yang paling selamat dan efektif. Dalam beberapa kali kejadian sahaja boleh berlakunya kejadian buruk (adverse event) akibat pengambilan vaksin, namun kadar kejadian adalah sangat sangat jarang dan terpencil.

Bagi vaksin HPV, telah banyak dilakukan kajian dan siasatan yang dijalankan, dimana keselamatan vaksin menjadi taruhan, namun begitu keselamatan menggunakan vaksin HPV adalah terbukti dan kejadian AEFI yang berlaku akibat HPV adalah sangat sangat terpecil dan sangat jarang berlaku.

Daripada 90 Juta penggunaan dose Gardasil dan 720 ribu penggunaan dose Cervarix di USA, semua penggunaan dose vaksin HPV tersebut telah di catat dan di rekod dalam sistem Vaccine Adverse Effect Reporting System (VAERS) dan Vaccine Safety Datalink (VSD). Antara kesan sampingan akibat vaksin HPV adalah pengsan (syncope) dan jangkitan kulit (skin infections). Walaubagaimanapun kadar kejadian adalah sangat jarang berlaku (exteremely rare) (3)

Berbalik pada kajian di Slovenia, dari September 2009 hingga Ogos 2013, daftaran AEFI pada NIPH yang mendapat 89 laporan AEFIs dengan qHPV dalam program pemvaksinan, dengan sejumlah 211 AEFIs yang berlaku pada kanak-kanak perempuan yang berumur 11-14 tahun. Keseluruhannya, 59,520 qHPV dos yang telah diedarkan. Kadar laporan keseluruhan adalah laporan AEFI 149.5 setiap 100,000 dos qHPV diedarkan dan berbeza-beza dari 119.2 terendah per 100,000 di sekolah tahun 2011/12 untuk 195.3 tertinggi per 100,000 di sekolah tahun 2012/13. (1)

Antara simptom AEFI yang dilaporkan adalah kelesuan (32), pening kepala (24),
demam (21), kesakitan tempat suntikan (21), bengkak tempat suntikan (21), kemerahana tempat suntikan (12), keletihan (12), kesukaran tidur (10), pening (10) dan pengsan (8).(1)

Simptom simptom AEFI yang lain akibat vaksin HPV, tiada satu pun yang di rekodkan, dimana individu akan mengalami gangguan perasaan seksual, menjadi lebih miang, perempuan menjadi lebih gatal, dan berperasaan ingin melakukan hubungan seks. Apatah lagi “merasa mudah terangsang dan berdenyut denyut”.

Walaupun kadar laporan kejadian AEFI serius agak tinggi, tiada kes AEFI yang serius mengakibatkan pesakit hilang upaya atau mengalami ketidakupayaan mana-mana. Malah, Semua AEFI serius dikategorikan oleh itu hanya tertakluk kepada kriteria kemasukan hospital bagi sekurang-kurangnya satu hari, tidak akut dan kritikal dan dapat diselesaikan dalam masa 1 hingga 3 hari selepas pendedahan kepada vaksin HPV.(1)

Kajian menunjukkan bahawa kesan sampingan (adverse effect) yang paling biasa adalah berkaitan dengan suntikan tempatan reaksi, seperti kesakitan, bengkak dan erythema dengan kadar 95% daripada cahaya sederhana intensity. Tanda-tanda kesan sampingan sistemik seperti demam, loya, muntah, pening, myalgia dan cirit-birit juga ada dilaporkan. Kesan sampingan yang teruk seperti sakit kepala yang teruk dengan hipertensi, gastroenteritis dan bronchospasm, telah direkodkan dalam kadar yang sangat rendah (0.5% daripada 29,540 subjek kajian)(4). TIADA kesan sampingan berkaitan gangguan perilaku seksual atau kecelaruan perasaan atau keghairahan, keinginan untuk melakukan seks yang direkodkan akibat pengambilan vaksin HPV.

Catatan yang ditulis adalah berdasarkan kajian saintifik yang disahkan dan direkodkan bagi tujuan mengenalpasti keselamatan penggunaan vaksin HPV.

Walaupun melalui data yang menarik ini, ada beberapa keterbatasan untuk bukti yang dibentangkan di sini. Kontra berkaitan dengan kepelbagaian metodologi kajian menunjukkan bahawa kajian mengalami darjat bias yang menghalang penjalanan meta-analisis yang berbeza.

Mengenai kesan sampingan vaksin, lebih banyak kajian untuk menilai keselamatan vaksin masih perlu dilakukan namun kajian yang ada menunjukkan keselamatan penggunaan vaksin HPV buat masa kini.

Sudah semestinya ada kesan sampingan yang boleh berlaku namun NYATA tiada kesan sampingan pengambilan vaksin HPV yang boleh menyebabkan kesan kesan gangguan perasaan seksual, keghairahan, keinginan melakukan seks yang direkodkan.

Vaksin HPV Punca Gejala Seksual Remaja? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sumber Serta Rujukan: Euforia Is

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *