Baked Mac & Chicken Meatball Kurang Cheese Tapi Sedap

Baked Mac & Chicken Meatball

Version berkire kedekut kalori ala diet, kurang cheese.

Bahan-Bahan:

1/2 paket Macaroni (rebus dahulu, nak rebus tu letak minyak zaitun atau masak + garam sikit)
1 paket meatball 400gm & dada ayam 1 mangkok (goreng dalam minyak sedikit, letak hirisan bawang holland dan lada benggala)

Sos –

1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 tin Sos Prego Carbonara (BIRU)
5 biji cendawan butang dalam tin (hiris)
2 paket Cream of mushroom (beli campbell dalam kotak)
Air (agak-agaklah tengok kepekatan kuah)
Sedikit lada hitam & oregano

Cara Masak Sos Carbonara:

1. Panaskan sedikit minyak masak/zaitun tumiskan bawang besar dan putih yang telah ditumbuk/hiris.
2. Masukkan cendawan butang yang telah dihiris dan lada hitam yang telah di tumbuk.
3. Masukkan air dalam 1 cawan dahulu, kalo ada bayleaf bubuh separuh daun tu.
4. Masukkan Sos Carbonara tu dan powder packet campbell cream of mushroom.
5. Letak garam sikit je agak-agak rasa ye.
6. Tengok keadaan kuah jangan terlalu pekat dan terlalu cair ye.

Sedikit Parutan Mozarella Cheese

Cara Masak Macaroni Meatball Chese:

1. Letak Meatball di dasar loyang, letak Oregano. letak macaroni yang dah di rebus tu.
2. Tuang Sos Carbonara sampai atas ya.
3. Letak mozarella & hirisan bawang serta benggala.

Bakar selama 15 minit – suhu 170-180 sampai keperangan.

Nota: Sapa suka lemak-lemak boleh add cheese & low fat milk masa masak sos.

Baked Mac & Chicken Meatball Kurang Cheese Tapi Sedap

Baked Mac & Chicken Meatball Kurang Cheese Tapi Sedap

Baked Mac & Chicken Meatball Kurang Cheese Tapi Sedap

Resepi Oleh: Norasma Mustafa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *