Minuman Untuk Buang Angin Dalam Badan, Lebih sedap Dari Air halia

Selalu rasa tak sedap badan? Kalau rasa lenguh-lenguh, sengal-sengal nak sendawa tapi tak lepas, kaki rasa tak selesa, sebu. Badan anda mesti dipenuhi angin, mujur bukan angin helium je, kalau tak dah terbang naik ke langit.

Ni antara tanda-tanda badan banyak angin:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

Ada tak simptom-simptom ni, kalau ada elok sangat buat resepi ni, lepas tue angin kalau keluar macam belon angin pecah tue.

Angin medu ni ialah angin kotor yang terperangkap dalam badan kita. Angin kotor biasanya datang dari makanan yang berangin (makanan yang hasilkan gas semasa lalui proses pencernaan dalam badan kita).

Bila angin medu menyerang, kita akan rasa tak selesa, sebab tak boleh nak keluarkan angin tu dan rasa tak lega lega.

Minuman Buang Angin Dalam Badan

Petua untuk buang angin yang paling mujarab ialah dengan meminum air halia. Tapi admin tahu, mesti ramai yang tak lalu minum air halia begitu saja. Jadi Kak Zana nak kongsi harini, macam mana cara nak buat Minuman halia yang sangat sedap, tapi angin dia.. ermm. Double Tuju Keluar!. Hehe..

Minuman Susu Halia

Bahan-bahannya:

Sekotak susu (brand apa pun boleh )
Halia (besar ibu jari) lebih kurang 3-4 cm

Halia nie ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw kaw punya dan pedas masuk banyak sikit. kalau setakat 3-4 cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.

Cara membuatnya:

Hiris halia tadi nipis-nipis reneh dengan susu tadi sampai mendidih atas api perlahan. Taraaaa sedia diminum.

Seeloknye minum ketika susu masih suam dan kesan adalah serta merta, memang sendawa dan kentut non stop .

Boleh diminum oleh:

Lelaki dan wanita, ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak, cukup 2-3 cm ja.

Ibu Berpantang yang Bentan
Sembelit
Angin disebabkan Gastrik
Nak buang Water Retention berlebihan dalam Badan

Petua ni sangat berkesan, bila-bila pun boleh minum. Pagi ke petang ke malam ke ikut korang rasa tak selesa tue. Seminggu 2-3 kali pun ok.

Minuman Untuk Buang Angin Dalam Badan

Petua Oleh: Puan AnisZabella

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *