Wanita yang suka ke dapur memang inginkan mempunyai rak dapur yang cantik dan lengkap. Bukan sahaja penting untuk kelihatan kemas dan tersusun, malah untuk memudahkan capaian terhadap segala bahan-bahan keperluan untuk masakan seperti gula, garam, dan rempah ratus.
Namun begitu, ruang dapur yang terhad serta kos untuk menempah kabinet atau rak dapur memakan modal yang besar. Oleh itu, bagi yang anda yang mempunyai masa dan lebih suka melakukan sendiri atau DIY, boleh cuba idea kreatif Fara Amirullah ini. Dengan hanya bermodalkan hanya RM80.70, anda boleh hasilkan rak atau spice organizer yang tersusun cantik ini. Baca perkongsian beliau;
Buat Sendiri Rak Dapur Comel Ini
Hari tu i promise nak share dengan uolls my spice organizer kan, here u go total RM80.70 and u get your spice organizer yang sedap mata memandang lagi memudahkan kerja-kerja memasak.
Semua item i beli kat Mr.DIY and daiso jer, tak semua barang murah itu tak cantik yee kawan-kawan.
Rumah sewa i kitchen dia kecik je kalau dok 2, 3 orang kat situ memang akan berlaga punggung laa, so to save space this is the best way. Berangan memang nak buat kitchen cabinet tapi rumah sewa kan so tak payah la better simpan duit tu buat kat rumah sendiri nanti.
Dapur i dinding mozek nak tebuk sayang kan so im using wall hook for my spice organizer in shaa allah lekat kuat sebab wall hook dari daiso ni jenis hot melt adhesive, cara nak guna i akan share kat bawah ni.
Rak and spice jar i beli kat Mr.DIY je, harga i dah mention kat pic bawah k. Mana yang duduk rumah sewa and ada kitchen comel mcm i boleh cuba cara ni semoga bermanfaat.
Perkongsian Oleh: Fara Amirullah