Tips Penyimpanan Sayur Kekal Segar Dan Jimat Ruang Dalam Peti Ais

Tips Penyimpanan Sayur Kekal Segar Dan Jimat Ruang Dalam Peti Ais

Lain orang lain caranya tapi style saya, saya suka beli sayur segar di pasar basah berbanding di pasaraya sebab bleh pilih yang fresh dan hijau. Beli pulak banyak-banyak untuk stock seminggu. Kalau dulu untuk storagekan sayur-sayur yang banyak ni blur jap sebab tak muat ruang pastu main sumbat je ke dalam laci sayur sampai ada sayur yang dah layu baru nak masak.. makan pun dah takde zat dah.

Jadi untuk pastikan sayur yang kita simpan kekal segar selain boleh jimatkan ruang penyimpanan saya buat style macam ni.

Mula-mula basuh dulu sayur tu dan toskan. Tujuan kita basuh dulu adalah bila time nak masak boleh guna terus tak perlu susah nak basuh lagi.. masa masak pun bleh jimat.

Selepas tu wrap sayur tu ikut portion kita masak. Biasanya dalam setengah kilo sayur, saya akan bahagikan beberapa portion. Jadi senanglah bila nak masak sikit ambil satu, dan kalau nak masak banyak boleh ambil dua. Nak jimat beli je Plastik Wrap kat kedai ECO.. dua hengget je. Jimat pun jimat.

Bagi Bahan masak yang kita guna kerap tapi sedikit seperti cili padi, halia, kunyit dan cili merah .. biasanya saya akan simpan dalam bekas yang terbuka.. senang nak ambik dan senang juga untuk disimpan balik bakinya.

Tips Penyimpanan Sayur Kekal Segar Dan Jimat Ruang Dalam Peti Ais

Dikongsi Oleh: Wan Muhammad Hafiz Satar


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *