Nak hiaskan ruang di rumah supaya kelihatan cantik sebenarnya tidak perlu berbelanja besar. Hanya menggunakan barangan bajet dari kedai RM2 pun dah cukup sekiranya anda mempunyai imaginasi dan kreatif.
DIY Lampu Dinding Bajet Oleh Hany Mynis
Seperti dijanjikan, hani kongsi langkah-langkah nak buat lampu dinding dari barang-barang Eco ni. Sebenarnya tutorial untuk buat lampu dinding dah banyak kat Facebook haha tapi berbeza-beza lah cara orang buat.
Tapi yang hani kongsikan ini cara yang mudah dan praktikal bagi hani. Apa-apa cara pun yang penting di mata kita cantik itu yang utama.
Boleh tengok gambar untuk langkah-langkah nya ya. Semua barang adalah dari Eco kecuali penyangkut (hook) yang hani tampal kat tapak bakul.
Benda yang perlu ada:
L-shape bracket – Eco RM2
bakul plastik – Eco RM2
lampu bateri – Eco RM2
plastik hook (hook ni special sbb dia punya hook boleh laras kedudukan pencangkuk dia) – Mr. DIY RM1.60 (untuk 6 pcs)
cat spray (hitam) – Eco RM2 (optional)
cable tie (hitam) – hani beli dari Eco juga
Keperluan lain
Soldering gun
Contoh nanti hani lekatkan pada bahagian dalam tapak bakul.
Lampu menggunakan kuasa bateri. Ada suis hitam untuk on off lampu dan boleh tukar tiga jenis pencahayaan lampu. Malap, terang dan berkelip-kelip.
Lepas hani cat bakul (mengikut warna tema rumah), hani buat lubang di tapak bakul (bahagian luar) menggunakan soldering gun. Soldering gun ni pun hani beli di Eco khas untuk projek kerastangan diyhani. Mmg hani khaskan utk buat lubang di plastik je kerja dia haha. Sebelum buat lubang utk masukkan cable tie tu kena tandakan dulu kedudukan lubang berdasarkan L shape bracket tadi.
Pandangan dari dalam bakul. Nampak tak cable tie tu? Potong lebihan cable tie untuk lebih kemas. Tampal ‘hook’ yang boleh laras beli kat Mr Diy tadi. Jangan risau hook ni kuat. Dah 3 bulan gantung lampu kat situ tak jatuh pun.
Kat lampu tu hujungnya ada penyangkut. Boleh sangkut je kat ‘hook’ tu. Kalau nak on -off button atau nak tukar bateri senang. Tanggalkan je lampu tanpa usik bahagian lampu yang lain.
Screwkan ‘L-shape bracket’ kat dinding. Ada yang pasangkan terbalik (upside down). Terpulang pada citarasa masing-masing. Hani lebih suka pasang mcm ni supaya nampak corak beralun pada bracket tu.
Dikongsi Oleh Hani Mynis, Layari FB Beliau.