Buat Sendiri Wantan Dumpling Puas Makan Sebab Dekat Luar Mahal

Ni hasil kerajinan dan kebosanan malam tadi. Wantan dumpling. Boleh buat sup. And boleh goreng pastu cicah sos cili. Boleh jugak buat banyak-banyak dan frozenkan. Makan kat luar mahal dan tak puas kan… hihi.

Buat Sendiri Wantan Dumpling Puas Makan Sebab Dekat Luar Mahal

Resepi Wantan/wanton Simple

Bahan-Bahan:

Kulit wantan (beli siap)
Isi ayam. Saya mix dada dan peha
Isi udang (terpulang ikut selera)
Carrot
Daun bawang
Minyak bijan
Lada sulah
Garam
Air (untuk lekatkan kulit wantan)

Cara Buat:

Basuh bersih ayam dan udang. Tos air dan lap lap dengan tisu dapur. Pastikan semua bahan tak basah dan berair. Kalau basah nanti kulit wantan kembang pecah. Rugiiii wooo…

Dah kering boleh kisar semua bahan. Saya tak kisar udang. Uolls nak kisar skali pun boleh. Kisar kasar, jangan sampai halus. Kalau halus sangat nanti isi padat dan keras sikit. Kalau takde food processor, boleh cincang-cincang halus. Takde hal..

Dah kisar boleh masukkan lada sulah, minyak bijan dan garam. Minyak bijan dalam setengah sudu kecil ok dah. Bagi wangi wangi sikit. Saya tak suka banyak sangat bahan-bahan. Suka rasa yang simple sahaja. Yang penting secukup rasa. Ok dah setel part inti dia.

Haaaa bab bungkuihhh tu uolls boleh je balut ikut sesuka hati. Saya pun balut cincai-cincai. Asalkan dia melekat. Hihi. Nak lekatkan kulit just pakai air. Inti letak dalam stengah sudu kecik ok dah. Try and error yer kawan-kawan ku… hihi. Setel. Simple je. Makan pun puas.


Nak makan korang boleh lah makan dengan apa-apa yang korang suka. Buat sup boleh, kukus boleh, goreng pun boleh.

Sumber Resepi: Ainn Mus

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *