Petua Tradisional Untuk Hilangkan Gout, Hanya Guna 3 Bahan Semulajadi

Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca dari asid urik yang berlebihan dalam badan. Gout terjadi apabila kaki mula membengkak panas dan terasa sakit sehingga menyebabkan pesakit tidak mampu untuk bergerak dan akan berlarutan sehingga beberapa hari atau sehingga pesakit mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.

Oleh itu, bagi mengelakkan dari mengambil terlalu banyak ubat penahan sakit, anda boleh cuba cara tradisional pula menggunakan bahan-bahan secara semulajadi.

Petua Tradisional Hilangkan Gout Dengan Menggunakan 3 Bahan Semulajadi

Perkongsian ini dari Cik Mil Haneena

Hari ni saya nak share satu petua bagi sapa-sapa yang ada gout. Alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.

Macam-cama petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last-last tpaksa la makan ubat farmasi. Allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang takleh pisah dengan dua jenis ubat ni kan!

Bahan-bahan dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. Isteri pun curi-curi minum haha..

Bahan-Bahan:

1 biji timun
2 batang saderi atau celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit

Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada RM179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Atau bagi yang nak guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas. Saya dapat dua gelas jus.

Minum 2 kali sehari ya, satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido (malam).

Tips kalu malas macam saya sebab nak kena basuh bekas-bekas jus, jadi buat jus untuk dua hari siap-siap. Maknanya gandakan bahan diatas kemudian masukkan dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.

Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.

Kesan dalam masa sebulan ni, makan udang dekat 1 kg, suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lagi dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun. Berat dia pun turun mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe.

Cuba lah saya halalkan untuk anda kongsi dan sama-sama amalkan. Setiap penyakit ada penawarnya. Kita cuma berusaha. Bagi yang tiada gout, jaga makan.. jangan terlalu obses dengan makanan laut macam suami saya hehe makan berpada-pada ya.

Petua Tradisional Untuk Hilangkan Gout

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *