Usia 40an Pun Nampak Muda, Rahsia Mengamalkan Minum Jamu Asam Kunyit Herba

Hari ni saya kongsikan satu resepi mak bidan saya buatkan untuk saya 15 tahun yang dahulu. Sekali sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki untuk mencari bahan-bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang yang nak masuk usia 40an. Berikut adalah resepinya.

Jamu Asam Kunyit Herba

Bahan-Bahan:

Segenggam Kunyit matang.
Segenggam Halia Bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zatnya.
Segenggam Temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali
Segenggam cekur/kencur. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.
Daun Menguku 3 helai kalau besar.
Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
Air 1 liter

Perisa ikut selera memasing:

Asam Jawa
Gula Melaka
Garam
Lada Hitam untuk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.

Jamu Asam Kunyit Herba
Inilah nama nama herba yang digunakan untuk Jamu Kunyit Herba . Siap dilabelkan nama untuk mereka yang kurang kenal.

Cara Olahan:

1. Cuci bersih bersih kesemua bahan-bahan. Potong kecil kecil dan masukkan ke dalam blender. Kang nanti besar sangat, blender tercekik plak.

2. Masukkan air secukupnya untuk memblenderkan bahan-bahan sampai sebati. Dah sebati tu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas tu. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.

3. Ambil air yang sudah diblend itu masukkan ke dalam periuk dan masak sampai mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.

4. Waktu memasak boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam. Ikut citarasa masing-masiing ya. Saya tidak meletakkan gula. Untuk mereka yg baru bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.

Ambil sukatan yang diperlukan.
Potong kecil kecil, masukkan kedalam blender dan tambah air secukupnya untuk memblenderkan supaya mesin tidak tercekik.
Tapiskan segala mak nenek hampas tu. Hampas tu boleh buat lulur badan. Beza rajin ke malas nak buat aje.. Tuang kedalam periuk dan masak sampai mendidih. Masukkanlah bahan perisa seperti diatas ikut citarasa masing masing. Nak manis, tambah gula melaka. Nak masin, tambah garam. Nak masam manis , tambah gula melaka dan asam jawa. Orang sedang berpantang dalam seratus hari , boleh tambah lada hitam ketika blend. Bagus untuk panaskan badan dan pecah darah beku.
Jamu Asam Kunyit Herba siap diminum. Boleh minum panas suam suam. Kalau nak minum sejuk tu boleh minum air sunquick la. Jamu lagi elok , lagi bermanfaat, lagi afdal kalau minum panas suam suam.

Cara Minum:

1. Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. Amalkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.

2. Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku. Boleh amalkan seminggu dua kali.

3. Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu. Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.

Khasiat:

Memulihkan tenaga
Memanaskan badan
Melancarkan peredaran darah
Membuang angin
Atasi lenguh lenguh , sengal badan
Mengurangkan bau badan
Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
Menghilangkan keputihan
Memulihkan luka dalaman
Mengecutkan peranakkan
Melawaskan pembuangan
Menyerikan wajah
Mencantikkan kulit
Khasiat tinggi
Agen awet muda
Sesuai untuk wanita dan lelaki

Tidak Sesuai Ketika:

Waktu haid
Sedang hamil
Anak kuning/jaundis
Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.

Kita dah nak masuk umur 40an dah. Masih lagi rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Tak kira bangsa , agama atau usia, jamu lah pilihan ku.

Dikongsi Oleh: Amanda Tan


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *