Nikmati Sarapan Pagi Anda Dengan Penkek Gebu

Resepi Penkek Gebu (Fluffy Pancake)

Bahan-Bahan:

Bahan A:

3 biji telur gred A, whisk sebati
2 cawan susu UHT penuh krim Dutch Lady
6 sudu besar mentega tulen Anchor Salted, cair
1 sudu besar perisa creamy vanilla

Nota: Dalam mangkuk, satukan semua bahan, whisk sebati.

Bahan B:

3 cawan tepung gandum serbaguna Baker’s Choice, ayak
2 sudu besar serbuk penaik
6 sudu besar gula putih

Nota: Dalam mangkuk, satukan semua bahan, whisk sebati.

Boleh dihidang dengan (pilihan):

Madu
Mentega
Jem
Aiskrim
Dan lain-lain

Cara Buat:

1. Tuang bahan A ke dalam bahan B, kacau guna whisk cukup sekadar sebati, kacau sekejap saja. Anda akan dapat adunan sederhana pekat.

2. Rehatkan adunan pada suhu bilik selama 15 minit. Jangan kacau adunan.

3. Atas api kecil, panaskan kuali non stick. Tuang 1/4 cawan adunan ke dalam kuali. Saya cedok guna cawan metrik. Selepas seketika, angkat tengok bahagian bawah penkek guna sudip. Kalau dah perang, bolehlah diterbalikkan, tak perlu tunggu permukaan atas kering. Masak sehingga bahagian sebelah lagi menjadi perang. Ulang sehingga habis adunan. Sedia dihidang.

Nota:

1. Satu adunan resepi ini menghasilkan 15 keping penkek berdiameter lebih kurang 4 inci.

2. Resepi ini diinspirasi dari laman web Chocolates And Chai. Saya olah ikut keselesaan saya.

3. Saya merujuk kepada cawan dan sudu metrik.

4. Semua bahan berada pada suhu bilik.

5. Perisa creamy vanilla ada dijual di kedai barangan bakeri.

6. Penkek ini jika dimakan begitu saja, rasanya tak manis. Jadi kalau anda suka makan penkek kosong tanpa topping, anda boleh tambahkan lagi gula dalam adunan.

7. Saya goreng tanpa minyak. Kalau anda nak guna minyak atau mentega, guna sedikit saja.

8. Jika anda ingin buat perubahan ke atas resepi ini, terpulang kepada kreativiti anda. Hasilnya mungkin sama, mungkin tidak.

9. Resepi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika ada sebarang penambahbaikan.

10. Silakan share resepi ini jika anda suka. Selamat mencuba.

Nikmati Sarapan Pagi Anda Dengan Penkek Gebu

Resepi dan Gambar Oleh Fatin Tinfa, Layari FB beliau.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *