Ibu Ini Hampir Meninggal Kerana Bersalin Czer Lebih Dari 3 Kali

Jika Anda Ada Rancangan Nak Bersalin Czer Lebih Dari 3 Kali, Baca Ni

Tiba-tiba terasa nak kongsi pengalaman czer kali ke-4 yang pernah sis lalui.

Tahukah anda, selepas 2 kali czer, kali ketiga confirm czer sebab memang tidak boleh bersalin normal lagi. Ya, sis pun baru tahu semasa pregnant kali ketiga. Puas jumpa pakar di hospital swasta nak cuba bersalin normal tapi jawapannya “NO”. Dan komplikasi sis juga bermula semasa 3rd pregnancy walaupun jarak dengan czer kedua sudah 7 tahun. Setiap kali pregnant sis memang akan dapat tekanan darah tinggi sebab tu semuanya emergency czer.

3rd czer:

Yang ketiga ni contraction start seawal 28 minggu. Keluar masuk hospital & akhirnya pada usia kandungan 34 minggu terpaksa emergency czer walaupun baby tak cukup matang lagi. Ketika ini pakar sudah nasihatkan sis untuk terus ‘ikat’ & terangkan risiko yang bakal dihadapi. Bukan satu dua pakar yang datang, ramai.. tapi sis berdegil sebab suami pernah beritahu nak lagi zuriat. Masih nak cuba untuk baby boy. Ya DEGIL! Itulah perkataannya. Alhamdulillah baby selamat tapi masuk NICU sebab pra matang & ada masalah pernafasan.

4th czer:

Masa berlalu pergi & selepas 5 tahun sis mengandung lagi. Masa ni dah pindah balik kampung. Ketika buat buku pink dah kena jerit dengan cik nurse sebab dah 3 kali czer atau medical term (3 previous scar). Sis dirujuk kepada pakar. Lagi sekali kena jerit dengan doctor bila tengok buku pink “hah, 3 prev scar, you nak ambik risiko lagi? You tau tak risiko rahim boleh pecah, boleh bleeding masa bersalin? Lagi pulak you ni ada darah tinggi BAHAYA! You boleh mati tau tak?” Huhu.. Ya ni semua sebab kedegilan sendiri.

Nak jadi cerita masuk je 20 minggu sis dah mula rasa perit kat tempat czer. Terasa perut cekang rasa macam nak meletop pun ada. Nak jalan pun sakit. Sis follow up di 2 tempat, di hospital swasta & klinik kesihatan. Saja standbay kot terberanak kt mana-mana.. Masa ni jugak kena kencing manis sampai kena cucuk insulin Allahu.. Ketika ni sis dah berada di dalam pantauan rapi pakar. Keluar masuk hospital usah di kenang. Dah macam rumah kedua. Pakar di hospital kerajaan awal-awal dah bagitau kemungkinan akan kena transfer ke hospital besar daerah yang lain andai bayi lahir tak cukup bulan. Ok dah mula seram.

Tipu kalau kata sis tak takut. Sis minta pendapat gynae sis di hospital swasta (gynae sejak 1st pregnancy dulu) katanya hospital swasta tersebut tiada kelengkapan untuk baby pramatang & hospital daerah juga mungkin tak mampu kendalikan baby yg terlalu kecil. Sis minta jasa baik doktor tersebut untuk tulis surat rujukan ke hospital yang mampu kendalikan kes sis termasuk baby pramatang. Sis dirujuk ke sebuah hospital di ibu kota. Maka bermula lah follow up ulang alik dari Perak ke KL.

Pada usia kandungan 32 minggu contraction makin kerap. Pegi chek up di hospital swasta doctor confirm real contractions & suruh bertolak ke KL pada masa itu juga. Sampai KL terus kena admit blood pressure tinggi & tak turun-turun. Esok tu pagi-pagi doctor decide emergency czer kerana bimbang keadaan sis (takut rahim pecah) & nak selamatkan baby. Operation dijalankan selepas bekalan darah dari bank darah negara tiba. Operation yang sangat high risk. Semua dah standby for the worst.

Masa dalam OT masa nak bius dah mula ada masalah. Epidural tak jalan & terpaksa buat macam-macam. Sejam berlalu & ketika itu terdengar pakar bius berkata “patut baby dah keluar ni”. Terdengar juga mereka berbincang untuk bius full & intubate. Sis dah rasa mungkin akan habis nyawa di sini saja.. Alhamdulillah pembedahan akhirnya berjaya walaupun berlaku tumpah darah dan masuk 4 bag darah & sis juga “diikat” terus. Baby masuk NICU sebab pramatang & gula rendah sebab sis cucuk insulin masa pregnant. Ya Allah, syukur sangat dua-dua selamat..

Tapi.. penderitaan sis tak berakhir di situ.. sejak lepas czer ke-4, setiap kali datang bulan sakitnya berguling-guling.. Doctor suspect organ dalaman sis melekat akibat 4x czer & 1x operation apendiks (masa remaja). Total dah 5x operate & organ dalaman di usik. Di tambah pula setiap kali sis operate sis makan pati gamat & haruan yang menjadi punca organ dalaman melekat sesama sendiri.

Jangkaan doctor betul. Ct scan abdomen mengesahkan terdapat 3 kawasan organ melekat. Usus melekat di dinding perut, rahim melekat dengan pundi kencing.. Ketika pakar menerangkan risiko semasa & selepas operation, sis dah macam nak pengsan.. Antaranya berkemungkinan akan kekal menggunakan bag najis dll.. Huhu..

Perkara pertama yang sis cari sebaik sedar dari operation ialah, ada tak bag najis tergantung. Alhamdulillah takde. Seminggu sis ditahan di hospital sebelum dibenarkan pulang dengan bil hospital berjumlah RM26k.

Pesan sis pada yang nak czer lebih 3 kali, fikirlah balik. Cuba tengok muka anak-anak yang ada tu. Apa jadi pada mereka andaikata mereka kehilangan ibu? Berbaloikah kita ambil risiko hanya kerana nak jadi isteri yang baik? Dalam kes sis, jodoh tak panjang.. Kami berpisah ketika anak bongsu berusia 2 tahun. Syukur Allah panjangkan umur sis untuk jaga semua anak sis hari ni. Setiap kali pandang wajah anak yang ke-4 sis terfikir, apalah nasib dia andai kata nyawa ku diambil ketika lahirkan dia?

Ibu Ini Hampir Meninggal Kerana Bersalin Czer Lebih Dari 3 Kali

Pada suami-suami janganlah paksa isteri mengandung lagi jika doctor dah nasihatkan untuk ikat peranakan. Jangan jadikan anak-anak anda anak yatim. Memang ajal di tangan tuhan, tapi ajal jangan dicari.. Sis yang czer jarak jauh-jauh pun hampir hilang nyawa apatah lagi yang bersalin czer selang stahun dua tu..

Perkongsian Oleh: Erna Jamil


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *